Sabtu, 30 April 2011

Kek Puding

Selamat malam kepada kawan-kawan yang masih lepak kat blog diwaktu malam begini.Kali ni Rahel nak share dengan korang satu resepi kek sifon digandingkan dengan puding susu,memang terasa segar sangat dalam mulut..nyaman lalu kat anak tekak..kalau makan pun tak sedar dah berapa potong yg dihabiskan..memang menepati citarasa Rahel..ianya sangat menyenangkan..buatnya pun semudah ABC sahaja.
Kek Puding
Kek Sifon Coklat Lembab
Resepi:Wendy Kor

Bahan A:
4 putih telur
1/2 sudu teh krim tartar
120g gula kastor

Bahan B:
1 sudu besar coklat emulco
30g serbuk koko
50ml air suam

Bahan C:
60g gula kastor
1/2 sudu teh garam
100g tepung paling halus
1/2 sudu teh serbuk soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahan D:
50ml minyak masak
1 sudu teh esen vanila
4 biji kuning telur.
50ml susu U.H.T.

Cara:
1.Pukul bahan A sehingga naik dan kembang.Ketepikan dahulu.

2.Campurkan bahan (B) dan bancuh hingga sebati.Ketepikan dahulu.

3.Masukkan bahan (C) ke dalam mangkuk besar dan gaul sekata secara kering dengan pemukul telur.Perlahan-lahan masukkan bahan (D) dan bahan (B) & kacau hingga sebati.

4.Masukkan 1/3 bahan (A)  ke dalam campura kek dan putar perlahan.Tambahkan 2/3 baki bahan (A).Campurkan semua bancuhan dan kacau dengan spatula supaya tidak terlebih putar.

5.Tuangkan campuran kek ke dalam acuan bersaiz 9" yang sudah digris.Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180'C selama 35 minit.

*Setelah kek masak,telangkupkan selama 5 minit.Kemudian terbalikkan semula.
*Potong nipis kek setebal 1/2 inci dan letakkan dalam acuan spring foam.

Pesan:
*Rahel guna acuan 8" dan tak griskan acuan.
*Untuk adunan putih telur Rahel pukul kemudian.

Kek Puding
Puding
Resepi:Rahel

Bahan:
10g serbuk agar-agar putih
700ml susu rendah lemak
5 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh esen vanila

Cara:
1.Masak semua bahan puding hingga serbuk agar-agar larut.
2.Tuangkan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan kek tadi.
3.Biarkan sehingga sejuk dan beku selama 3 jam.

Pesan:
*Jika suka yang dingin,letak kek puding dalam peti sejuk selama 1 jam.


Selamat menikmati hidangan yang menyegarkan..

4 ulasan:

Unknown berkata...

satu lagi resepi yang masuk fail..tunggu masa untuk dicuba

Rohah berkata...

Salam Rahel..mesti sedap rasa kek puding ni..halus mulus tgk permukaan pudingnya tu..

rahel berkata...

Ok Sally...ditunggu ye...

rahel berkata...

Betul tu Kak Rohah...time makan pun memang nyaman sangat..skejap je dah clear..