Jumaat, 8 April 2011

Kek Cawan Pisang Coklat

Salam manis kepada semua..semoga sentiasa sihat dan ceria selalu.Kali ni Rahel cuba pulak buat kek pisang blend yang dicampur dengan sedikit serbuk koko..jadinya warna kek amat cantek dan gue suka banget tengok kejdiannya..kek pisang begitu lembut,moist dan gebu..memang sedap la buat pelengkap sarapan atau pun minum petang ditemani secangkir teh hangat..wallaaa...hebatnya rasa dia...



Kek Cawan Pisang Coklat
Sumber:Rahel


Bahan:
3 buah pisang raja
1 cawan tepung gandum*
3/4 cawan gula kastor
1/4 cawan serbuk coklat*
2 biji telur
3/4 cawan minyak jagung
1 sudu besar susu tepung*
1 sudu teh baking powder*
1/4 sudu teh soda bikarbonat*
1/2 sudu teh esen pisang

Cara:
1.panaskan ketuhar 170'C,siapkan acuan muffin yang dialas dg kartas cawan.
2.ayak bersama bahan bertanda*,kemudian campur dg gula kastor.
3.satukan pisang,telur,minyak dalam mesin pengisar,kisar halus,kemudian
   tuang bahan kisar ke dlm campuran tepung,beri esen pisang,gaul rata.
4.sudukan ke dalam acuan 3/4.bakar selama 20-25 minit pada suhu 170'C.


Selamat menikmati Kek Cawan Pisang Coklat. 

Tiada ulasan: