Jumaat, 22 April 2011

Best Mocha Tiramisu


Selamat bersiaran dan salam manis kepada semua yang setia melawat dapur Rahel.Kali ni Rahel sedikan Best Mocha Tiramisu untuk pengobat tekak yang nakkan lemak-lemak manis..jemput makan tiramisu...yummy banget..


Best Mocha Tiramisu
Sumber:Rahel

Bahan:
250g krim keju,suhu ruang
250ml krim putar (non-dairywhipping cream)-diputar hingga kembang dan gebu
50g gula kastor
1 sb susu krim manis
1 sb jus lemon
parutan kulit lemon dari 1 buah lemon
3 kuning telur
16 keping biskut lady finger (setiap 1 dipotong jd 3)

Bahan Mocha:
1 st serbuk koko
1/2 st serbuk nescafe

Bahan sirap kopi dibancuh bersama:
3 st serbuk nescafe
3/4 cawan air panas
1 st gula kaster

Bahan untuk tabur:
2 sb serbuk koko

Cara:
1.Pukul krim keju dan gula kastor sehingga licin.Tambahkan kuning telur.Putar hingga
   rata.Tambahkan jus lemon,kulit lemon,susu krim manis.Putar hingga nampak licin.
2.Ambil adunan 13 st penuh dan beri bahan mocha.Kacau rata.
3.Siapkan 4 buah gelas sedang,isikan masing2 dg 3 st penuh adunan keju.
   Celupkan biskut ke dlm sirap kopi dan susun di atas adunan keju.Buat 2 lapisan biskut
   berselang-seli dg adunan keju (adunan mocha di lapisan ke 2) lapisan akhir di atas adalah
   adunan keju.Ayak sedikit serbuk koko di atasnya.
4.Simpan dalam peti sejuk selama1-2 jam.Siap.
Selamat menikmati Best Mocha Tiramisu.

2 ulasan:

JUJUE AHMAD berkata...

salam.. sedapnyer tiramisu ni.. nmpk sedap je..
Jue dh buat 2kali tp guna kek chiffon. rasa mmg sedap. nnti jue nk try guna biskut ldfingger..
jgn lupa lawat blog jue n be my follower ye.. http://jujueahmad.blogspot.com

rahel berkata...

wsalam Jujue..thanks sudi singgah dan selamat mencuba tiramisu..hehe..memang sedap gak klu guna kek shiffon..len kali try lg guna biskut tiramisu ek..nanti Rahel jalan2 kat blog Jujue.