Rabu, 27 April 2011

Apam Kentang

Selamat bertemu kembali..apa khabar semua? semoga korang semua sihat dan ceria.Pagi ni Rahel nak share pulak satu resepi kuih apam kentang yang sedap,lembut dan gebu..siap mekar lagi...resepinya Rahel cedok kat buku resepi..so jom layan dulu.

 

Apam Kentang
Sumber:Buku Resepi


Bahan:
140g gula pasir (saya bubuh 70g sahaja)
150ml susu rendah lemak
100g tepung beras
50g tepung superfine*
1/2 st yis *
1/2 st baking powder*
125ml susu rendah lemak
1 st esen vanilla*
75 g kentang yg sudah dikukus,kemudian lecek halus
sedikit pewarna hijau*

Cara:
1.Panaskan 150ml susu dg gula pasir hingga suam,angkat dari panas,kacau sehingga gula larut.

2.Satukan tpg beras dan kentang lecek,masukkan susu yg dipanaskan tadi sambil di gaul sehingga lembut.

3.Setelah sejuk masukkan bahan bertanda*,kemudian masukkan 125ml susu secara perlahan2 sambil dikaup balikkan hinggarata dan tepung tdk bergentil selama 10 minit.

4.Rehatkan selama 15 minit (tutup mangkuk).

5.Tuangkan ke dlm acuan 3/4 penuh,kukus selama 20 minit.

Alas acuan dg kertas cawan,sebelum mengukus apam pastikan air dlm kukusan sudah mendidih dan lapik tudung periuk dg tuala bersih.Selama mengukus apam jgn buka tudung periuk.





Terima kasih sudi singgah sini.

Tiada ulasan: