Sabtu, 31 Disember 2011

Happy New Year 2012

Selamat bersiaran  kembali...apa khabar semua?  tengah bersiap-siap untuk menyambut tahun  baru 2012? Hari ni  Rahel buat  kek yang  simple  aje untuk menyambut tahun  baru tapi tergoda dengan macam-macam jenis  kek kat  blog list,hancur diet untk sehari bab macam-macam makanan yang datang dalam fikiran..dan sudah  pastinya yang  sedap-sedap belaka..sebab kalau  tak sedap...harus ditolak ke tepi.






KEK KALAMANSI

Bahan-bahan:
6 biji kalamansi diambil jusnya
150ml minyak jagung*
3 biji telur*
150g gula kastor*
1/2 sudu teh esen vanilla*
200g tepung naik sendiri

Sedikit pewarna hijau
Nutella secukupnya untuk inti kek

Cara membuat:
1.Satukan bahan bertanda*,kemudian blend hingga halus.
2.Tuang ke dalam mangkuk.Ayakkan tepung naik sendiri sambil digaul hingga rata.Bubuh pewarna hijau.Bahagi kepada dua bahgian.(gunakan 2 loyang 4x6inci untuk membakar kek)
3.Tuang adunan ke dalam loyang.Bakar pada suhu 170C selama 20 minit.
4.Setelah kek masak,biarkan sejuk kemudian sapu dengan nutella dan tindihkan dengan kek yang satu lagi.Bubuh topping cream cheese di permukaan kek dan buat corak ikut kreativiti anda.

Topping Cheese 
120g cream cheese
3 sudu besar madu
1/2 sudu teh esen vanila

Cara:
Pukul cream cheese hingga lembut,tambahkan madu dan esen vanila.Pukul lagi hingga rata.Bubuh pewarna dan kacau rata.Sapukan krim pada permukaan kek.


Selamat mencuba.

Khamis, 29 Disember 2011

Kek Brownie Kacang

Selamat malam semua, tengah buat ape tu? dah  tido k? hehehe..lepak  kejap kat blog,saje nak  kasi  tayang lagi kek brownie  kegemaran  ramai,tadi petang Rahel dah bedal semua kek brownie ni,so jangan ada yang berangan-angan nak mintak seketul dua lagi ek.


Oklah,saya share resepinya di sini ya,mana tahu ada yang sedang mencari resepi brownies yang simple sahaja kan?

Kek Brownie Kacang
Resepi:Chef Noraini 

Bahan:
190g mentega/marjerin
190g coklat masakan
200g gula kastor
130g kacang walnut/gajus atau badam yang telah dibakar
125g tepung gandum}
1/2 sudu teh baking powder},diayak
3 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila

Cara:

1.Griskan acuan empat segi 8 inci.Lapik dengan kertas serap minyak.Panaskan
   ketuhar pada suhu 180'C.

2.Mentega & coklat masakan disatukan dalam periuk.Cairkan secara double-boiler.
   Sejukkan.

3.Pukul telur,gula kastor dan esen vanila hingga kembang dan gebu.

4.Tuangkan larutan coklat tadi ke dalam adunan telur sambil digaul rata.

5.Masukkan kacang walnut dan akhir sekali bahan yang diayak tadi.Gaul perlahan
   dengan senduk kayu hingga sebati.

6.Tuangkan adunan ke dalam acuan.Bakar selama 1 jam.





Selamat menjamu mata..daa..

Rabu, 28 Disember 2011

Ikan Susu Terbakar

Selamat petang semua...pa khabar? Aduhai..hujan memanjang pulak dalam sehari ni,terperap ja dalam rumah sambil dengar bunyi hujan,siok jugak kedengaran tapi boleh mengantuk juga wo bab udaranya sejuk.Hari ni memang  terlewat dah  masukkan entry  bab lewat jugak siapkan hidangan tengah hari..maklumlah...pagi tadi hidangkan sarapan yang berat-berat..so itu yang rasa kenyang memanjang dan resepi kita hari ni pun memang biasa-biasa saja just main bakar dalam oven ja kemudian tumbuk cili padi untuk cicah ngan ikan bakar..perghhh..mantap jugak rasanya.




Agaknya Rahel tak perlu la letak resepinya bab korang semua pun memang terer bab bakar  membakar ikan kan? Selamat menjamu mata..daaa..



Selasa, 27 Disember 2011

Paf Kismis

Selamat pagi semua...dah siap sarapan k belum? Eh..lupa tanya khabar pulak.Apa khabar kawan-kawan semua? Harap sihat semua ek..tuan tanah kat sini sihat dan baik-baik aje..dah siap sarapan gak,pastu nak letak menu sarapan kita orang tadi.
Okla,nak cite sikit bab paf  kismis yang simple tapi sodap ni, seebenarnya dohnya Rahel buat semalam & letak kat peti sejuk,bila bangun awal pagi terus keluarkan dari peti sejuk & biarkan 1/2 jam cam tu baru bubuh inti,jadi senang  kerja,taklah terkejar-kejar masa..faham2lah klu buat pastri yg berlapis-lapis ni..kita kena uli & canai doh  hingga empat kali untuk mendapatkan lapisan2 yang  halus dan rapuh.

Bah...okla tu..Rahel tulis pulak resepinya untuk rujukan Rahel & juga pada kawan-kawan yang teringin buat doh pastri paf kat umah,tapi klu malas buat boleh beli yg dah siap pakai jer,dan yang ni pulak Rahel buat ikut dalam buku resepi tapi ada yg Rahel ubah sikit ikut bahan-bahan yang ada kat dapur...

Paf Kismis
Sumber:Buku Resepi Koleksi Roti Siri 1


Bahan:
200g tepung berprotein tinggi#
50g tepung gandum#
30g mentega#
1/2 sudu teh garam#
130g air#

130g marjerin pastri

kismis secukupnya
kuning telur
sirap gula

Cara:
1.Sebatikan bahan bertanda# sehingga menjadi doh.Uli doh sehingga lembut dan
   kenyal.
2.Rehatkan selama 10-15 minit.
3.Canaikan marjerin pastri menjadi bentuk segi empat sama.
4.Letakkan majerin pastri ke dalam doh yang telah mengembang (6x16)",balut
   dan canai menjadi satu kepingan yang besar.Lipatkan kepada 4 lapisan (6x20)"
   biarkan 10-15 minit.Ulangi langkah ini 3 kali.
5.Canaikan doh menjadi kepingan panjang (6x25)",bahagikan kepada 6 keping
   (3x4)".
6.Ambilkan sekeping dan sapu dengan kuning telur,kemudian taburkan kismis
   dan gulung.
7.Panaskan oven 180'C selama 15 minit.Kemudian sapu permukaan paf dengan
   kuning telur.
8.Bakar dalam oven selama 30 minit pada suhu 180'C.
9.Setelah paf masak,keluarkan dari oven dan sapu dengan sirap gula.Siap untuk
   hidang.


Pesan:
         *anda boleh pelbagaikan inti paf ikut selera anda.
Selamat menikmati...

Isnin, 26 Disember 2011

Cucur Donut Lagi

Selamat petang semua..apa khabar? sihat k?  rindunya nak lepak lagi kat blog,baru berapa hari je tak ngentry dah macam setahun..ish..ish..ish..begitu  cepatnya masa berlalu,rindu juga nak tinjau-tinjau dapur kawan-kawan semua,tapi berapa hari ni memang sebok bener..tangan tak sampai..dan akhirnya  petang ni berkesempatan jugak nak try wat cucur donut versi pisang pulak,macam lebih suka  pulak cara yg macam ni..banding kalau buat donut pelampung..kena buat kerja lebih sikit.




Oh ya,cucur donut kali ni ada letak koko and pisang,resepinya lebih kurang ngan cucur donut durian yang pernah Rahel buat dulu,cuma ada yang diubah sikit ikut selera tekak tuan tanah,tapi masih lagi senang dan mudah banget utk  disediakan.



Untuk kali ni,Rahel hidang cucur donut koko pisang ni bersama sos coklat sebab doh donut macam kurang manis,jadi memang sesuai la diberi topping atau sos kegemaran memasing,& utk resepi sosnya pulak Rahel tak letak kat sini sebab tadi main  campak aje,so  pandai2lah  adjust ek...oklah,jum kita lepak  sambil tengok resepi.

Cucur Donut Koko Pisang
Resepi:Rahel

Bahan:
220g tepung gandum*
2 sudu besar serbuk koko*
2 sudu besar susu tepung*
1/2 sudu besar yist*
30g gula kastor*
70g pisang,dihaluskan
1 kuning telur
25g marjerin
140ml air

Cara:
1.Satukan bahan bertanda* dalam mangkuk,gaul rata.
2.Masukkan telur dan air sambil diuli hingga menggumpal.
3.Tambahkan pisang dan marjerin,gaul rata.Teruskan menguli doh 15 minit.
4.Biarkan doh mengembang selama 1 jam (tutup doh dg tuala/kling wrap).
5.Setelah doh kembang,panaskan minyak dalam kuali,kemudian sapu tangan
   dengan sedikit minyak masak.
6.Ambil segenggam doh menggunakan tangan dan kepalkan hingga terkeluar
   dari celah ibu jari,terus goreng hingga masak.Angkat dan toskan.
   Hidang bersama sos coklat.



Selamat menjamu mata..daaa

Khamis, 15 Disember 2011

Ikan Kering Masak Lemak Cili

Salam...tengah buat ape? k lagi intai-intai  resepi?  waa kat blog list banyak betui hidangan yang menggiurkan..silau mata hitam gue..tak tau nak terjah yang mana dulu..semuanya best2...Rahel punya hidangan biasa-biasa aja...masak ikut selera tekak sendiri..bab sendiri juga yang ngadap semua..hehehe..


Oklah,kawan-kawan..kali ni menu Rahel memang  simple jer dan sentiasa  simple,sebab masih  kekalkan cara  yang  lama-lama,so jangan hairan  kalau  hari-hari tengok masakan yang guna bahan siiiikit je...tapi itulah cara Rahel yang sebenarnya.ini kerana selalu nampak emak dulu masak tak payah guna banyak rempah dalam masakan tapi rasanya sangat sedap..dan yang penting secukup rasa..kalau banyak rempah pun tak guna jugak kalau tak reti nak seimbangkan rasa dia kan? so masaklah apa adanya.Ok,kita tengok pula resepi ikan kering masak lemak cili ni...


Ikan Kering Masak Lemak Cili
Resepi:Rahel

Bahan:
180g ikan kering (guna ikan kurau)-rendam dengan air 30 minit,cuci,toskan
7 tangkai cili padi merah*
2 tangkai cili merah,hiris
3 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
3 biji buah keras*
1/2 inci halia*
1 lembar daun bay
120g kacang buncis,buang urat-potong
1 batang carrot,bersihkan-potong
sedikit garam dan gula pasir
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk pati ayam
3 cawan santan sederhana pekat

minyak masak untuk menggoreng

Cara:
1.Goreng ikan sampai masak.Angkat dan toskan.Tumbuk halus bhn bertanda*.
2.Panaskan sedikit minyak dalam kuali,tumis bahan tumbuk dan dau bay
   hingga naik bau.
3.Masukkan santan,biarkan mendidih.Kemudian masukkan carrot,cili merah,
   kacang buncis dan serbuk lada putih.Biarkan hingga 1/2 masak.
4.Kemudian masukkan ikan goreng tadi bersama garam,serbuk pati ayam dan
   gula.Biarkan mendidih sekejap.Kemudian angkat dan hidang.


Selamat menjamu selera..

Mufin Durian Kukus

Selamat pagi kepada semua..apa khabarnya hari ini? harap kawan-kawan semua sihat dan ceria selalu.Tajuk entri kali ni belum lari  daripada durian,so kepada yg gemar makan durian tu..memang suka la kan..tapi yang mabuk durian tu maafla..tengok-tengok je kan dan ambik bau je..

Oh ya,mufin durian ni Rahel buat awal pagi untuk sarapan..sedap sangat rasanya,penuh dengan rasa durian & lembut  je mufin ni walau pun dah sejuk,bahan2nya pun senang  nak dapat & begitu mudah disediakan..oklah,seperti biasa resepinya akan menyusul.

MUFIN DURIAN KUKUS

Bahan:
250g tepung gandum*
200g gula kastor
2 biji telur saiz L,dipukul ringan guna garpu
1 sudu teh serbuk penaik*
1 sudu teh soda bikarbonat*
1/2 sudu teh garam halus
300g isi durian,dilenyek halus*
240ml minyak masak

sedikit pewarna hijau

Cara:
1.Ayak bahan bertanda* ke dalam mangkuk.
2.Kemudian masukkan bahan yang lain,kecuali pewarna hijau.Kaup balikkan
   hingga rata.Kemudian ambil 3 sudu besar adunan dan beri pewarna hijau.
3.Sudukan adunan warna asal ke dalam acuan hingga 3/4 penuh.
4.Beri masing-masing sedikit adunan hijau dipermukaan.
5.Kukus dengan api kuat selama 15 minit.




Selasa, 13 Disember 2011

Cucur Donut Durian

Selamat malam kepada yang singgah melawat dapur Rahel malam ini..silahkan menjamu mata.Ok,kali ni Rahel nak share pulak satu resepi cucur donut durian yang sangat simple bahan2nya dan mudah banget disediakan..harum semerbak bau duriannya time  lepas digoreng...bikin lapar je,terasa nak  rata macam tu je walaupun tanpa kopi panas/teh panas..memang lembut dan gebu & yang paling bestnya cucur donut ni sangat sedap..(sorry,puji masakan sendiri dah ni).



Mula-mula tadi ingat nak buat donut pelampung,tapi memandangkan datang lagi fikiran yang malas mau tunggu lama-lama..jadinya buat cucur donut aje,tak perlu susah-susah nak bentukkan..just ramas guna  tangan je..dah ok kejadiannya..tapi kepada yang tak  biasa buat cucur guna cara kepal memang  agak kaku gak..tapi lama-lama ok la tu...


Bah,jum kita tengok pulak resepinya cucur donut durian ni..harap kawan-kawan semua suka ek,pada yang tak reti makan durian tu..sabar je la..sendiri mo pandai2la buat donut versi lain pulak..oklah..kita teruskan dulu kongsi-kongsi resepi...


Cucur Donut Durian
Resepi:Rahel

Bahan:
240g tepung gandum*
1/2 sudu besar yist*
1 kuning telur
140ml air
secubit garam
25g marjerin
70g isi durian,haluskan
30g gula kastor*

Cara:
1.Satukan bahan bertanda*,gaul rata.Masukkan kuning telur dan air.

2.Uli sehingga menggumpal.Masukkan pula garam,durian dan marjerin.

3.Uli doh selama 15 minit.Kemudian diamkan selama 45 minit (tutup doh).

4.Setelah doh kembang,tekan guna jari (doh sangat basah & melekit).

5.Guna tangan,ambil doh segenggam kemudian kepalkan sehingga doh keluar dicela ibu jari dan jari penunjuk,terus masukkan ke dalam minyak yang sudah dipanaskan.Goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.

6.Ayakkan gula aising dipermukaan cucur donut durian.Sedia dihidang.



Selamatvmencuba.

Crispy Yam Prawn

Selamat bertemu kembali..harap kawan-kawan semua sihat dan ceria selalu.Hari ni Rahel terlewat lagi masukkan entry..adoiii..jap je masa berlalu dengan pantas,skarang dah petang lagi...jap lagi nak ke dapur siapkan hidangan minum petang,kawan-kawan semua dah siap buat kuih untuk minum petang?.Rahel cadang nak buat donut durian pulak utk petang ni,kat umah ada berapa bijik buah durian yg masih dara..tak terkacau-kacau lagi..alamatnya kena buat kuih/kek yang berasaskan durian la jawabnya..


Cite sikit bab menu tengah hari punya...crispy yam prawn ni Rahel dah  pernah buat sebelum  ni,tapi takde ambik pic...kali ni jer baru  ambik pic...apa macam..sama tak udang yang dalam pinggan ni dengan udang yang dalam buku resepi tu? mesti ada nampak sikit  persamaannya kan? Untuk  pengetahuan korang semua,resepinya Rahel tengok kat buku resepi Nostalgia Chinese Cuisine by Philip Ho memang mengancam semua resepi dia..sedap-sedap tau..& udang goreng keladi ni memang sangat sedap..lemak dan wangi je..suka betul Rahel makan..tapi time buat adunan keladi tu memang leceh bab melekit kat jari-jari yang lentik ni..hihi..


Alamak..tak terasa...panjang  pulak ceritanya..kat nak cite sikit tapi...hehe..oklah,kita share aje resepinya kat sini..harap korang semua sudi mencuba dan puas hati dengan hasilnya..tapi kan..Rahel letak sesuai dengan yang tercatit dalam buku,tak de terjemahan..


Crispy Yam Prawn
Resepi:Philip Ho

Ingredients A:
150g yam
30g wheat starch
40ml boiling water

Ingredient B:
30g shortening
1/2 tsp bikarbonate of soda
1/2 tsp salt
1/2 tsp sugar
1/2 tsp five spices powder

Ingredient C:
300g King prawn (shelled,leave the tail intact)
1/4 tsp salt
1/4 tsp sugar
1/4 tsp papper
1/4 tsp sesame oil
1 tsp corn oil

Method:
1.Peel yam and cut into pieces,steam it over high heat until cooked and soften.
   Remove,finely mash the yam until become paste while still hot.
2.Add boiling water into wheat starch,keep stirring till combined and become
   dough with the chopstick,keep it aside.
3.Mix yam paste with entire ingredients B and the cooked dough.Knead until
   become smooth,leave aside.
4.Combine ingredient C,marinate for 10 minutes.
5.Using some yam dough to wrap a piece of prawn.Next,deep fry in the hot oil
   over high heat until golden in colour and crispy.Dish up,drain well and serve
   at once.



selamat mencuba...

Isnin, 12 Disember 2011

Super Moist Eggless Chocolate Cake Lapis Keju

Selamat malam semua..santai aje malam ni duduk depan laptop sambil menikmati kek yang sodap...tapi sowi...pic tak seberapa  cerah sebab dah malam  baru ambik pic..walaupun keknya dah siap awal tengah hari tadi...tapi petang baru dimakeup lepas  makeup terus potong bab tu la tak  kemas sangat...tak sabar nak rasa la tu..sepatutnya kek diletak dalam peti sejuk selama 2-3 jam baru dipotong agar kemas.




Kek coklat lapis keju ni sebenarnya dah lama jugak kawan-kawan asyik tayang kat blog dan Fb,tapi baru kali ni jer Rahel berkesempatan nak try kek ni dan hasilnya  memang sangat memuaskan.Ohya,resepi asalnya  menggunakan adunan brownies  kukus tapi yang ni Rahel buat  menggunakan  kek coklat resepi DJ,so senang jer kerja..dan lapisan kejunya pulak Rahel letak sikit blueberry filling & jus lemon biar tambah enak gitu...




Oklah,sambil cerita bab keenakan kek coklat lapis keju ni..resepinya jugak tak ketinggalan..pada yang belum pernah mencuba kek yang satu ni..memang wajip gak mencubanya..dan jom taip pulak resepinya...

Super Moist Eggless Chocolate Cake Lapis Keju


Bahan:
1 adunan Chocolate Cake di sini
loyang 7" griskan dan alas dengan baking paper

Bahan Lapisan Keju:
250g cream cheese
70g gula kastor
20g tepung gandum
1 biji telur saiz L
1 sudu teh jus lemon
25ml air
3 sudu besar blueberry filling (tak letak pun tak apa)

Cara:
1.Panaskan air dalam periuk pengukus.
2.Adunan kek coklat dibahagi kepada 2 bahagian.
3.Ambil satu bahagian adunan kek coklat,tuang ke dalam loyang dan kukus
   selama 15 minit.Angkat dan tekankan sikit dengan sudu supaya rata.
4.Kemudian pukul cream cheese,gula,tepung gandum,jus lemon dan air
   sehingga berkrim.Tambahkan telur.Pukul rata.
5.Tuangkan adunan cream cheese ke dalam kek coklat kukus tadi.Ratakan.
6.Letakkan (dot2kan guna sudu kecil) blueberry filling dipermukaan adunan
   cream cheese tadi.Kukus lagi selama 15 minit.
7.Kemudian tuangkan lagi baki adunan kek coklat tadi di atas lapisan cheese
   dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana kuat.

pesan:
*air kukusan hendaklah betul2 mendidih sebelum mengukus kek.
*balut tudung periuk dengan tuala/kain bersih agar kek tidak terkena wap.
*tiap lapisan kek dikukus dengan api sederhana sahaja.


Bahan Untuk Topping:
1 1/2 cawan fresh cream
sedikit gula manik
sedikit ceri marachino

Cara:
1.Pukul fresh cream sehingga kaku (bertanduk).
2.Sapukan pada seluruh bahagian permukaan kek,bentuk ikut kreativiti masing2.
3.Hias dengan ceri dan gula manik.

pesan:
*mohon maaf kerana tak dapat tunjuk step by step cara makeup kek.


Selamat mencuba...kalau ada yang kurang dimengerti,silahkan bertanya..ok?.

Ahad, 11 Disember 2011

Pau Inti Kelapa

Salam kepada yang singgah ke dapur Rahel  petang ini.Apa khabar semua? dah siap minum petang? Petang ni lepak skejap dalam blog sambil tanya-tanya khabar korang semua dan tak lupa jugak untuk menambah koleksi resepi pau menggunakan resepi Chef Norzailina.Dah lama sebenarnya plan mahu buat pau yang satu ni tapi banyak sangat resepi pau yang dijumpa di google so ada pening sikit memilih resepi.







Walaupun banyak resepi pau di google tapi bahan-bahan asasnya hampir sama ja semua.Dalam resepi ni guna tepung pau tapi daku guna tepung gandum biasa ja dan hasilnya pau tetap gebu dan lembut.Saya ada tambahkan juga pandan paste dalam doh supaya wangi dan ada kaler hijau.Selamat mencuba.









PAU INTI KELAPA
Resepi:Chef Norzailina

Bahan:(24pcs pau,berat doh 37gram)
500g tepung pau~saya guna tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu besar yis segera
100g gula kastor
240ml air
3 sudu besar lemak sayuran
1 sudu teh D.A Baking Powder

Inti Kelapa Gula Merah (pilihan),timbang 14g

Cara:

1.Satukan tepung,D.A Baking Powder,garam,gula dan yis.Gaul rata.

2.Tuangkan air,uli sehingga sebati.Tambahkan lemak sayuran.Uli lagi sehingga tidak melekat di tangan lebih kurang 7 minit.

3.Rehatkan doh sehingga naik 2x ganda selama 1 jam.(tutup doh)

4.Setelah doh naik 2x ganda,tekan2 doh untuk membuang udara.Bahagikan doh kepada 24 bahagian.(berat doh 37gram) kemudian bulat2kan doh.Rehatkan doh lebih kurang 15 minit.

5.Ambil satu doh,leperkan dan bubuh inti,kelim doh dengan kemas.Susun dalam tray (lapik doh dg kertas or daun pisang) Rehatkan doh selama 20 minit.

6.Panaskan air dalam kukusan.Kukus pau selama 10 minit guna api sederhana.(balut tudung pengukus)

Pesan:

*Rahel letak 1/2 sudu besar pandan paste dalam air untuk dapatkan doh warna hijau.

*Rahel guna inti kelapa gula merah.




Selamat mencuba.

Khamis, 8 Disember 2011

Ikan Kerapu Masak Lemak Cili

Selamat  malam  semua...lagi buat ape? masih intai blog k? k dah  tido semua? Oklah,tak nak kacau2 korang semua,ni saja Rahel tanya2 sebab masih lagi ada lepak kat blog sambil letak entry yg tertunda lagi.Entry kali ni sederhana jugak resepi dia tapi memang menyelerakan betul..pada Rahel la..sebab Rahel yang merasa semua tu...tapi memang sedap wo..



Oklah..sementara tunggu nasi masak..kita masak ikan dulu ek..jadinya senang nanti..tinggal hidang jew..


Ikan Kerapu Masak Lemak Cili
Resepi:Rahel


Bahan:
1 kg ikan kerapu,dibersihkan dan potong dua
2 1/2 cawan santan sederhana pekat
4 ulas bawang merah}
3 ulas bawang putih}
1 cm halia}
3 buah keras}
7 tangkai cili padi},ditumbuk halus
1 lembar daun bay
1/2 sudu kecil serbuk kunyit*
1/2 sudu kecil serbuk lada putih*
garam dan gula secukup rasa*
sedikit minyak untuk menumis

Cara:
1.Panaskan minyak.Tumiskan bahan tumbuk dan daun bay hingga kekuningan.
2.Tuangkan santan.Biarkan mendidih,kemudian masukkan potongan ikan dan
   bahan bertanda*.Biarkan ikan masak sepenuhnya.Angkat dan hidang bersama
   nasi dagang.




Emmm sedapnya makan ikan lemak cili bersama nasi dagang..mau bertambah-tambah jer nasik kat pinggan...pinggang pun bertambah jugak..hehehe..oh ya,resepi nasi dagang Rahel tak sertakan,sebab semua orang pun tau buat nasi dagang.



Selamat sudah menjamu selera tadi..hihihi..baibai..

Rabu, 7 Disember 2011

Steamed Cheesecake

Selamat  petang semua...dah siap minum  petang k? petang ni Rahel ada buat kek keju kukus untuk  pelengkap minum petang,resepinya Rahel ambik dari rakan fb.Sedap dan lemak rasa  dia,tak  muak kita  makan,agak2nya  kalau  siram dengan milk  chocolate lagi la sedap.Sebenarnya kek yang ni Rahel bakar dalam  ketuhar sebab  malas nak kukus dan hasilnya  tetap lembut dan  gebu..cair jer  dlm mulut.Len  kali nak  cuba kukus  pulak..entah macam  mana rasanya..lebih sedap kot..




Oklah kawan-kawan..ni aje yang Rahel cite,nak ke dapur dulu..skejap lagi my darling sampai...resepinya tengok kat sini ye...

Begedil Sayur Campuran

Selamat tengah hari kepada semua,apa khabar hari ini? harap kawn2 semua sihat.Apa pulak hidangan untuk makan tengah hari? k ada yang masih fening2 fikirkan hidangan menarik? baek jangan bnyk fikir,jalan2lah kat dapur kwn2 mesti banyak resepi menarik yg perlu dicuba atau buat jer hidangan yg paling simple & mudah disediakan macam menu yang satu ni..hihihi..





Sebenarnya hari ni my darling tak balik umah untuk lunch sebab keluar meeting,so sendiri masak sendiri ngapla.Jika ada yang nak resepi simple ni Rahel sertakan skali kat sini ek..jom masak..

Begedil Sayur Campuran
Resepi:Rahel

Bahan:
1 1/2 cawan sayur campuran
180g kentang,buang kulit dan rebus hingga empuk,kemudian lenyek halus
1/4 cawan tepung gandum
3 ulas bawang putih,ditumbuk halus
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
1/2 sudu kecil garam atau secukup rasa
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 biji telur,pisahkan kuning dan putihnya

Cara:
1.Satukan semua bahan kecuali putih telur.Gaul mesra.
2.Bentuk bulat-bulat (adunan ini sangat basah jadi perlahan2 bulatkan).
3.Panaskan minyak dalam kuali.Celupkan bebola ke dalam putih telur,
   kemudian goreng hingga keperangan.Angkat dan toskan.



Selamat menjamu mata..daaa..

Udang Bersama Terong Masak Kari

Selamat malam semua...masih ada orang kat blog k? k dah tido awal? hehe..Rahel masih ada kat sini lepak sekejap,nak letak lagi entri yang dulu2,jadi tak payahlah nak mintak ek..



Oklah teman-teman,ni aje resepi yang sangat mudah dan simple ni...silahkan ditinjau-tinjau ye,tapi jangan mareh bab masakan ni ikut selera Rahel je,so tak sempurna sangat..tapi yang penting secukup rasa..pastinya enak banget..

Udang Bersama Terong Masak Kari
Resepi:Rahel

Bahan:
500g udang segar,dibersihkan
400g terong,dipotong ikut suka
1 paket kecil rempah kari ikan,bancuh dengan sedikit air
3 cawan santan sederhana pekat
4 ulas bawang merah}
3 ulas bawang putih}
2 buah keras}
1/2 ici halia},ditumbuk hingga halus
1 sudu makan serbuk cili*
1 sudu kecil serbuk ketumbar*
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih*
1 sudu kecil serbuk kunyit*
1/2 sudu kecil serbuk lada putih*
1 tangkai daun kari
1 tangkai cili merah,dihiris nipis
1 buah tomato besar,dipotong empat
garam dan gula secukup rasa

Cara:
1.Panaskan sedikit minyak,tumis bahan tumbuk hingga keperangan.
2.Masukkan rempah kari ikan bersama bahan bertanda*,tumis hingga pecah
   minyak.
3.Masukkan pula santan,cili merah,daun kari.Biarkan mendidih.
4.Masukkan udang yang sudah dibersihkan tadi bersama potongan tomato.
5.Perasakan dengan garam dan gula.Biarkan hingga masak.
6.Goreng potongan terong dalam minyak sehingga masak.Angkat & toskan.
7.Letakkan terong goreng dalam pinggan.Kemudian diiukuti dengan kari
   udang.


Selamat menjamu masakan sendiri..hehehe..daaa..

Selasa, 6 Disember 2011

Kuih Seri Muka Pelangi

Selamat pagi kepada semua yang sudi singgah pepagi ni..semoga sihat dan ceria selalu bersama orang yg tersayang.Rahel nak tanya pulak..dah sarapan k belum? hehehe..macam nak bagi kuih pulak.pagi ni Rahel hidang kuih seri muka pelangi utk pelengkap sarapan pagi,sedap sangat rasa dia,ni kebetulan datang mod rajin so kuih pun siap dengan  kaler full,resepinya sangat simple & mudah disediakan.







Oklah  kawan-kawan..skarang dah boleh sambung entri meletak resepi,tapi sebelumnya  Rahel nak minta izin dulu  sama Kak CT Delima kerana diam2 jalan-jalan ke dapurnya ambik resepi Kuih serimuka pelangi,tolong Kak CT,izinkan Rahel share resepinya kat sini ek...cayang Kak CT Delima..hehehe...

Kuih Seri Muka Pelangi
Sumber:Kak CT Delima

Bahan Lapisan Bawah:
2 1/2 cawan santan cair
2 cawan bersa pulut-cuci rendam 3 jam
1 sudu teh garam

Bahan Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
3 sudu makan gula pasir
sedikit garam

pewarna kuning,merah jambu,biru (ikut suka)

Cara:
1.Panaskan periuk kukus hingga air mendidih.
2.Masukkan semua lapisan bawah dalam loyang dan kukuskan.
3.Apabila telah masak tekankan dalam loyang sehingga mampat.
  (alas loyang dengan plastik,agar senang nak keluarkan nanti).
4.Bancuhkan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna dan tapiskan.
5.Bahagikan adunan lapisan pelangi kepada 3 mangkuk.
6.Masukkan setiap mangkuk dengan satu warna.
7.Kukus semula pulut yang telah dimampatkan.
8.Lapiskan dengan warna kuning dan kukus selama 10 minit.Buat lapisan
   seterusnya hingga habis.
9.Apabila telah habis semua adunan dikukus selama 30 minit.Sejukkan betul-
  betul baru dipotong.
10.Hidangkan untuk minum pagi atau petang.



Selamat menikmati masakan sendiri..hehehe..daaa..

Isnin, 5 Disember 2011

Pulut Inti

Selamat  malam semua...dah siap makan malam? k ada yang masih  sebok-sebok kat dapur? Oklah,saja nak  menyapa  korang awal  malam sebab  skarang tengah lepak kat blog ni..nak letak entri tertunda lagi dan yang ni pun saja jer tayang kat sini untuk cuci mata bab satu  hari tak  nengok blog....rindu jugak nak  jalan-jalan kat blog kawan2 semua,tapi kadang timbul rasa malas bila line tenet tak menentu.




Ohya,resepi kita kali ni memang sangat2 simple jer..orang yang baru belajar masak pun tau nak buat kan,hehehe...tp takpelah,nak share sikit gak hasil air tangan sendiri,bila jalan2 dalam blog ada jugak yang ditengok-tengok kan..jomlah ni jer resepi untuk nasi pulutnya..

Nasi Pulut
Resepi:Rahel

Bahan:
500gram beras pulut-direndam 1 jam-kemudian toskan
150ml cawan santan  pekat
1/2 sudu kecil garam 
2gram bunga telang direndam bersama 100ml air

Cara:

1.Kukus beras pulut selama 15 minit.Kemudian satukan dengan santan yang telah dipanaskan tadi.Gaul rata.

2.Kukus kembali nasi pulut sehingga masak.Angkat dan hidang bersama inti kelapa gula merah.

Nota:
Santan,air bunga telang dan garam dipanaskan terlebih dahulu sebelum dicampur dengan pulut.

  


Ha,dah buat nasi pulut kan..so skarang kita tengok pulak bahan-bahan untuk membuat inti kelapa dan gula merah kat bawah ni..

Inti Kelapa Gula Merah
Resepi:Rahel

Bahan:
100g gula merah
180g kelapa parut putih
100ml air


Cara:

1.Masak gula merah bersama air sehingga larut,kemudian tapiskan.

2.Masak semula air gula merah bersama kelapa parut sehingga agak kering.

3.Siap dihidang bersama nasi pulut.



 

Selamat mencuba.

Sabtu, 3 Disember 2011

Telur Kukus & Cendawan

Selamat petang kepada semua..apa khabar? dah siap buat kuih untuk minum petang? Petang  ni Rahel  buat kek coklat jer utk  hidangan petang,tapi tak letak dah pic & resepi kek coklat tu bab sebelumnya dah pernah share juga kat blog.Petang ni nak letak entri yang tertunda jer..faham2lah skarang ni line tenet betul2 lembap,so nak online pun malas dibuatnya.



Oklah teman-teman..ni aje resepi untuk telur kukus yang sodap ni,silahkan dilihat resepinya kat bawah tu..senang je dan mudah banget disediakan..jomm..


Telur Kukus & Cendawan
Resepi:Rahel

Bahan untuk telur kukus:
4 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil minyak bijan
150ml air

Cara:

1.Satukan semua bahan dalam mangkuk tahan panas,kacau perlahan hingga rata.

2.Kukus telur selama 8-10 minit dengan api kuat.Angkat dan ketepikan.

Bahan untuk Cendawan:
70g cendawan butang,dihiris nipis
80g carrot,dihiris nipis
3 ulas bawang putih,dicincang
1 cm halia,cincang
5 lembar daun bawang,dipotong
1 sudu kecil minyak bijan*
1 sudu makan sos tiram*
1/2 sudu makan sos soya cair*
1 sudu kecil serbuk pati ayam*
1/2 sudu makan tepung jagung bancuh dengan sedikit air
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa*

Cara:

1.Panaskan sedikit minyak,tumis bawang putih dan halia hingga layu.

2.Tuangkan air dan biarkan mendidih,kemudian masukkan carrot,cendawan.

3.Perasakan dengan bahan bertanda*,kemudian masukkan bancuhan tepung jagung.Biarkan mendidih hingga aga pekat.Masukkan daun bawang,kacau dan angkat.

4.Tuang ke dalam telur kukus tadi.Sedia dihidang.


Selamat mencuba..

Peach Swiss Roll

Selamat malam semua,dah tido k? Rahel pun udah mengantuk sangat ni,tapi masih lagi lepak kat blog,nak letak entri yang tertunda,faham2lah line tenet betul2 lembap macam siput..siput lagi laju dari talian internet..so laporan pun tertunda truss.Malam ni saja nak share lagi satu resepi kek gulung kesukaan ramai "Peach Swiss Roll".Jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang resepi dan cara-caranya,jom tengok.

Peach Swiss Roll
Resepi:Kevin Chai

Egg Yolk Batter:
2 egg yolk
90g canned peaches
20ml peach syrup
2 tbsp corn oil
1 tbsp caster sugar
60g self-raising flour

Egg white foam:
2 egg white
1/4 tsp cream of tartar
40g caster sugar

Method:
1.To make egg yolk batter,blend 80g peach with syrup until fine.Dice the
   rest of peach slices.
2.Combine with the remaining ingredients in a mixing bowl until forms batter.
3.To make egg white foam,beat egg whites and cream of tartar until mixture
   forms solf peak.Gradually add in sugar,beating at high speed until frothy &
   stiff peak form.
4.Gently fold beaten egg white foam into egg yolk batter until blended.
5.Pour batter into ungreased 8-in pan.Bake in preheated oven at 170'C for
   30 minutes or until cooked.
6.Remove from oven,invert cake onto table until completely cooled.


p/s:
    *beri inti kegemaran masing-masing.




Selamat mencuba.

Jumaat, 2 Disember 2011

Rice Pancake

Selamat pagi semua..apa khabarnya pagi ini? dah siap sarapan k belum? Kalau ada yang belum sarapan..jom join Rahel bersarapan.Menu kite pagi ni sangat simple & mudah sangat  disediakan..yang ni pun kira macam menu orang dulu-dulu..saja jer buat  pagi  ni  untuk  sarapan bab  kebetulan  ada  nasi  putih  lebihan  semalam.



Oklah kawan-kawan..ni aje resepi untuk rice pancake yang mudah disediakan,dan kali ni Rahel siapkan dengan sos gula merah..memang sedap betul,tapi klu ada yang tak suka  manis2,abaikan 5 sudu besar  gula tu sebab nanti  kita akan siram jugak  dengan sos gula merah...dan rice  pancake  ni pun sedap dihidang dengan kuah kari atau yang sewaktu dengannya.


Rice Pancake
Resepi:Rahel

Bahan:
1 1/2 cawan nasi putih
1 1/2 cawan susu cair
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 sudu besar gula pasir
2 biji telur B
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam

sedikit pewarna merah jambu & hijau

Cara:
1.Blender nasi putih bersama susu cair hingga halus.
2.Tuang ke dalam mangkuk,tambahkan soda,gula,tepung,telur dan garam.
   Gaul hingga rata.Bahagikan kepada 2 bahagian dan beri pewarna.
3.Panaskan nonstick pan,oles dengan sedikit minyak masak/marjerin.
4.Bila sudah panas,lapkan minyak tadi dengan tisu,kemudian tuangkan
   3 sudu besar adunanke dalam pan.Biarkan masak dengan api perlahan.
5.Buat langkah no.4 hingga semua adunan diguna.Hidangkan dengan sos
   gula merah atau sos kegemaran anda.

Bahan Sos Gula Merah
1/2 cawan gula merah
1/4 cawan gula pasir
1/2 cawan air/santan cair
1 helai daun pandan,disimpul

Cara:
1.Masak semua bahan sos gula merah sehingga mendidih.
2.Tapis dan hidangkan bersama rice pancake.



Enjoiii...

Selasa, 29 November 2011

Blueberry Chicken Wings

Selamat petang semua..dah petang kan? hehehe..terlewat lg hantar laporan hari ni,skejap je masa berlalu dengan pantas,tak terasa dah petang  pulak,skejap lagi malam.Oh ya,kali ni Rahel nak share  satu resepi kepak ayam panggang yang dilumur  dengan blueberry filing..sedap hingga  menjilat  jari.Bukan pasrty je yang sesuai  dengan blueberry  tau,tapi jenis  daging pun  sesuai jugak...so  kalau  ada lebihan2 bluebeberry filing/jem blueberry kat  rumah tu jangan dibiarkan ja baek jadikan bahan masakan.








Oklah kawan-kawan..ni aje bahan-bahan yg perlu ada jika hendak membuat blueberry chicken wings..simple je dan mudah disediakan,harap  semua suka.

Blueberry Chicken Wings
Resepi:Rahel

Bahan:
6 keping kepak ayam,bersihkan
1 1/2 sudu makan blueberry filing/jem blueberry*
2 sudu makan madu*
2 sudu makan cuka epal*
1 sudu kecil serbuk lada putih*
1 sudu kecil garam*
2 sudu makan kicap manis ABC*

Bahan Tambahan:
2 sudu makan blueberry filing/jem blueberry
2 sudu makan madu
2 sudu kecil cuka epal
secubit garam
3/4 cawan air

sedikit minyak masak

Cara:
1.Panaskan oven 180'C selama 10 mnit.Alas dulang pembakar dengan aluminium foil.
2.Kepak ayam disatukan dengan bahan bertanda*,gaul rata.Tuang sedikit minyak di dlm dulang pembakar,kemudian susun kepak ayam dalam dulang pembakar.
3.Panggang dalam oven selama 30 minit pada suhu 180'C.
4.Satukan bahan tambahan dalam periuk kecil,panaskan hingga mendidih & agak pekat.
5.Satukan dengan kepak ayam panggang dan gaul rata.Angkat dan sedia dihidang.




Selamat mencuba dan selamat menjamu masakan sendiri.